Kerajaan menerusi agensi di bawah kementerian terus merancang dan melaksanakan pelbagai inisiatif berikutan dunia kini berdepan pelbagai ancaman seperti bencana alam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bencana alam akibat perubahan iklim global dan krisis geopolitik memberi kesan kepada rantaian bekalan makanan.